PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
 
PILIHAN RAYA

·         Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri.

 MAKSUD PILIHAN RAYA 


·         Pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
·         Pemilihan ini dilakukan seharusnya dilakukan secara sulit dan ketelusan pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur.
·         Pengiraan undi dilaksankan secara teratur.

 SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
 

·         Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di tanah melayu telah diadakan pada 27 Julai 1955.
·         Antara parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya :
     
-          Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MIC, MCA
-          Parti Negara pimpinan Datuk Onn
-          Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
-          Parti-parti lain seperti Parti Buruh, Parti Kemajuan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan Perak, dan Pertubuhan Melayu.

·         PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.
·         Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali.
·         Tujuan pilihan raya :

-          Memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan Negara
-          Memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan negeri.

·         Sekiranya YDPA membubarkan parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh :

-          60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
-          90 hari bagi Sabah dan Sarawak untuk menjalankan pengundian memandangkan ramai penduduk tinggal di kawasan pedalaman.

 FUNGSI PILIHAN RAYA

·         Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
·         Mengekalkan pucuk pimpinan.
·         Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
·         Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik.
·         Meneruskan legasi Negara Demokrasi Berparlimen.
·         Member peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan.

 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

·         Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) atau (Election Commission of Malaysia).
·         Sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.
·         SPR Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.


PENAMBAHBAIKAN PRU 


A.    Keanggotaan SPR

·         Semasa penubuhan, SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli. Berikutan dengan penubuhan Malaysia, bilangan ahli SPR telah ditambah kepada tiga orang.
·         Ahli tambahan itu berasal sama ada dari Sabah atau Sarawak dan dilantik secara bergilir-gilir. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang mewakili kedua-dua negeri.
·         Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi yang diisi oleh Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan.
·         Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang :

-          Seorang Pengerusi,
-          Seorang timbalan pengerusi,
-          Lima orang ahli termasuk dua orang ahli masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

·         Ahli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
·         Syarat kelayakan ahli SPR ialah :

-          Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
-          Seorang yang tidak muflis.
-          Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
-          Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

·         Suruhanjaya ini membentuk sebuah urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang berperanan sebagai ketua pentadbir.
·         Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H.Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
·         Peranan SPR ialah menyelia dan menjalankan proses demokrasi Negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
·         Oleh itu, SPR merupakan sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik.

B.     Fungsi SPR

·         Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
·         Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
·         Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
·         Mendatarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi criteria dan kelayakan yang diperlukan.

SukA sAYa :) jOM lIke

No comments:

Post a Comment