SISTEM PILIHAN RAYA


  • 1957-Malaysia kekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri, boleh tubuhkan kerajaan persekutuan atau negeri.
  • Sistem yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan sistem ‘First-Past-The-Post-System’.
  • Beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya
1.
Perlembagaan Persekutuan
2.
Perlembagaan Negeri
3.
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
4.
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
5.
Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
6.
Peratuan-peratuan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
7.
Peratuan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003

  • Ada beberapa undang-undang yang tidak berkaitan secara langsung dengan proses pilihan raya tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya iaituAkta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.



 SISTEM PILIHAN RAYA 





BILANGAN KERUSI/KAWASAN

  • Seorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan rayadi Parlimen (Pilihan Raya Umum) / Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).
  • Terdapat 22 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

  • SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya parlimen dannegeri.
  • Menjalankan kajian setiap tidak kurang lapan tahun.
PENDAFTARAN PEMILIH


  • Seorang pemilih mestilah mendaftar dengan SPR sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri.
  •  
 Layak untuk mendaftar jika :

a.Warganegara Malaysia

b.Berumur tidak kurang daripada 21tahun pada tarikh kelayakan.

c.Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.
d.Tidak hilang kelayakan.

HILANG KELAYAKAN PEMILIH

  •     Pemilih akan hilang kelayakan jika :
a.Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman/sedang menjalani hukuman penjara.
b.Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati/penjara untuk tempoh 12bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
c.Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
d.Telah memperoleh kerakyatan asing.  

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

 SEMAKAN ONLINE

  • Daftar-Daftar pemilih baharu disediakan setiap 3bulan sekali dan pendaftarandipamerkan selama 7hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.
  • Daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya dalamtempoh sebulan.
  • Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggaldunia dan yang sudah hilang kelayakan akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

KELAYAKAN CALON

  • Calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti/bertanding sebagai calon bebas.
  • Seseorang itu layak jadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syaratberikut 
                     a.Warganegara Malaysia dan bermastautin.
                     b.Umur tidak kurang 21tahun pada hari penamaan calon.
                     c.Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.
  • Seseorang calon akan hilang kelayakan sekiranya dirinya :
 a.Telah didapati/diisytiharkan tidak siuman.
       b.Bankrap
       c.Memegang jawatan berkepentingan office of profit.
       d.Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya.
       e.Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1tahun / denda tidak kurang dari RM2,000 dan belum mendapat pengampunan.
       f.Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

PERMULAAN PILIHAN RAYA & PROSES PENAMAAN CALON


PENAMAAN CALON

  •     Pilihan raya untuk Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri yg ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali dlm tempoh 5tahun, kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan dlm tempoh 60hari selepas tarikh pembubaran.
  •      Pilihan Raya Kecil diadakan dlm tempoh 60hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan / seseorang Ahli Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan. Dalam hal ini, tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
  •      Pilihan Raya Umum/ Pilihan Raya Kecil bermula dgn pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yg sama, 1 notis akan diwartakan utk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
  •      Hari penamaan calon merujuk kepada hari yg telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bg calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepadan Pegawai Pengurus.
  •      Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong (antara jam 9pagi-10pagi pada hari penamaan) dan kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10pagi-11pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan.
  •    Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
  •  
DEPOSIT

  • Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi negeriperlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum / pada hari penamaan calon.
  • Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh1/8 daripada jumlah undi ygdiperoleh semua calon yg bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.


  • PENGGUNAAN SIMBOL

    • Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jikadia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
    • Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yg telah disediakan olehSuruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi.


    KEMPEN 

     KEMPEN PILIHAN RAYA

    ·         SPR telah merangka peraturan-peraturan khas berkempen. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan   pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
    ·         Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya.
    ·         Biasanya kempen pilihan raya melibatkan :

    Ø  Pengedaran risalah dan surat
    Ø  Poster
    Ø  Ceramah tertutup dan ceramah umum
    Ø  Kempen dari rumah ke rumah

    HARI MENGUNDI

    HARI MENGUNDI PILIHAN RAYA 

    PROSES DALAM BILIK MENGUNDI



    ·         Hari mengundi bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.
    ·         Waktu mengundi dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia.

    BARUNG SPR

    ·         Parti-parti dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya pondok itu terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi.
    ·         Tujuan barung adalah untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam pemilih dan saluran supaya pengudian berjalan dengan teratur.

    KEBENARAN UNTUK MEMASUKI 

    TEMPAT MENGUNDI

    ·         Pegawai yang dibenarkan :

    Ø  Ahli dan pegawai SPR
    Ø  Ketua tempat mengundi dan kakitangannya
    Ø  Calon-calon dan wakil-wakil
    Ø  Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi
    Ø  Mereka yang dibenarkan oleh SPR

    CARA-CARA MENGUNDI

    ·         Pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan dengan nama calon yang dipilih

    BUKTI SELEPAS MENGUNDI


    UNDI POS

    ·         Undi pos dihantar dengan pos seawall yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos.

    UNDIAN POS DILAKUKAN


    PENGIRAAN DAN PENJUMLAHAN UNDI

    ·         Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di sebuah pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan.
    ·         Mereka yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi :

    Ø  Ahli-ahli dan pegawa-pegawai SPR
    Ø  Pegawai yang dilantik oleh SPR
    Ø  Kerani mengira undi
    Ø  Calon, wakil dan ejen mengira undi

    PETISYEN PILIHAN RAYA

    ·         Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab :

    Ø  Sogokan, peras ugut atau sebarang salah lakuyang mungkin menjejaskan pilihan raya.
    Ø  Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya oleh mana-mana pihak.
    Ø  Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen
    Ø  Calon atau ejen-ejen didapati tidak layak menyertai pilihan raya.


    CARA CARA MENGUNDI

    PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN 

    RAYA

    ·         Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak melebihi :

    Ø  RM 200,000 bagi Dewan Rakyat
    Ø  RM 100,000 bagi Dewan Undangan Rakyat

    ·         Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya.

    PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN

    ·         Dokumen-dokumen mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dkunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
    ·         Peti-peti disimpan selama enam bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus.
    ·         Peti-peti hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi.
    ·         Pegawai pengurus akan melupuskan kertas-kertas undid an dokumen selepas enam bulan.

    SETELAH PENGUNDI SELESAI MENGUNDI

    SukA sAYa :) jOM lIke

    No comments:

    Post a Comment